Thursday, July 2, 2009

PROFIL KEM LAMBAIANA

PROFIL KEM LAMBIANA, AIR TERJUN SG. GABAI.

A) PENDAHULUAN

Alangkah, indahnya bumi Malaysia yang mempunyai sumber kekayaan dan tumbuhan semulajadi yang bergitu mengamit setiap hati para pengunjung. Di antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah di Air Terjun Sg. Gabai yang terletak kira- kira 8 km dari pekan batu 18 Ulu Langat, Selangor.

Lokasi yang strategi inilah menjadikan Kem Lambaiana, Air Terjun Sg Gabai, tempat tumpuan untuk aktiviti rekreasi dan latihan terutama bagi meningkatkan kekuatan fizikal dan mental.

Kemudahan tempat penginapan, makanan dan minuman di Kem Lambaiana Air Terjun Sungai Gabai tersedia bagi para pengunjung yang terasa ingin bermalam dan menikmati suasana malam yang sunggu menenangkan fikiran.

Kem Lambiana, Air Terjun Sungai Gabai telah kembali dibuka pada bulan Mac 2007 yang menawarkan perkhidmatan latihan dan rekreasi kepada semua lapisan masyarakat. Lokasi yang strategik iaitu 150 meter dari air terjun Sg Gabai yang merupakan daya terikan pelancong tempatan dan luar negara. Persekitaran kawasan yang cantik untuk dikunjung dan menikmati udara rimba yang segar.

Perkhidmatan Latihan yang disediakan merangkumi kem motivasi, kepimpinan, kemahiran belajar, team building, kaunseling, rekreasi, aktiviti-aktiviti lasak, hari keluarga dan lain- lain Kem ini sangat sesuai untuk semua lapasan masyarakat termasuk belia, pelajar, pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan, NGO dalam program dalam kelas peserti kursus, seminar dan latihan motivasi dan aktiviti luaran seperti kembara, rempuh halangan, merentas sungai dan lain- lain.
Di antara kemudahan- kemudahan yang disediakan seperti Dewan serbaguna yang boleh menampung 180 orang, Dewan makan, Surau, empat buah asrama yang boleh menampung 160 orang, Bilik Urusetia, Bilik pegawai, dan beberapa bilik untuk perbincangan.

Kem ini diuruskan oleh Dwi Bistari Enterprise yang merupakan syarikat Bumiputra yang terdaftar dengan kementerian Kewangan. Pengurus Kem ini merupakan anak muda yang telah lama menceriburi dalam bidang latihan dan pengurusan kem. Dengan pengalaman dan sokongan sahabat- sahabat akhirnya kem ini telah berjaya disiapkan.